Friday

~Perubahan~

      Halloo readers...semakin meningkat dewasa nih semakin banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu buat keputusan yang tepat tanpa melukakan hati sendiri dan orang lain...actually, baru tersedar bahawa untuk menjadi orang dewasa nih susah jugak...bukan semudah yang difikirkan.. setiap perkara yang dilakukan, memerlukan kita untuk berfikir akan akibat yang mungkin berlaku....semuanya memerlukan ketelitian akal yang berfikir agar keputusan yang dibuat nanti tidak akan dituding jari kepada orang lain atau lebih tepat tidak menyalahkan orang lain....

      Teringat dulu masa kecik-kecik,rasa macam tak sabar je nak jadi dewasa...sebabnya bila tengok orang dewasa nih macam best je.. boleh buat apa yang disukai..biasalah pemikiran budak-budak apa yang dilihatnya senang dan best semua nak...dulu macam tak suka je jadi budak kecik..itu tak boleh buat,ini tak boleh buat..ada limitnya..

     Sekarang bila dah dewasa nih, baru terasa nikmatnya kalau jadi budak kecik..tak payah susah-susah nak fikir seribu macam masalah and nak buat keputusan pun tak payah risau nanti mak ayah akan tolong decide kan...huhu...budak kecik cuma pergi sekolah belajar rajin-rajin,balik buat kerja rumah, tonton tv, tidur awal..hah lagi satu main...benda tuh saja yang perlu dibuat time kecik-kecik dulu... jadi budak kecik tak payah tension-tension...hmm kalau nak tension pun mesti sebab tak siap keja rumah takut cikgu marah kan..nak-nak kalau subject Maths...perrghh..kecuutt habisss..haha..

No comments:

Post a Comment