Sunday

Manusia...

       Ternyata tajuk entri kali ni memang absolutely serious sesangat.....Apa yang ingin saya katakan disini ialah tentang sikap manusia yang mudah berubah,yang selalu menyalahkan dan nampak kesalahan orang lain dan kesukaran untuk memaafkan orang lain...saya sendiri tidak faham mengapa hal sebegini berlaku...mungkin disebabkan fitrah manusia itu sendiri yang serba k'kurangan maka terjadilah hal-hal yang tidak sedap didengar oleh semua pihak.

      Ada sesetengah manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan langsung kebajikan orang lain..mereka tidak pernah merasa atau cuba untuk merasa isi hati orang sekeliling mereka kerana bagi mereka diri mereka adalah yang paling UTAMA....Ya! memang zaman sekarang zaman yang mementingkan diri sendiri..bak kata orang putih ' first come first serve'...tapi dalam situasi tertentu kita sebagai manusia perlu memikirkan tanggungjawab kita kepada masyarakat yang mungkin dalam kesusahan...bukan duit atau harta benda yang diinginkan..tapi cukuplah dengan hanya mendoakan orang lain terutama yang seagama dengan kita...yang paling penting Islam harus didahulukan......

      Ada jugak orang yang tak pernah nak menjaga hati orang lain...bagi mereka tak perlu menjaga hati orang yang tiada hubungan persaudaraan dengan mereka walaupun sesama islam...mereka sebenarnya lupa bahawa umat Islam semuanya bersaudara kerana wujud dari nenek moyang yang sama iaitu Adam & Hawa...orang seperti ini tak pernah mengambil berat atau mengetahui masalah yang dihadapi oleh orang lain...bagi mereka asalkan makan pakai diorang cukup dan tak menganggu hal peribadi orang lain sudah cukup BAIK bagi diorang...hal sebigini sememangnya tidak bagus untuk kita sebenarnya..orang seperti ini gemar menjatuhkan orang lain dan tidak menghormati apa yang sepatutnya dihormati....
kita mesti ingat,jika sekali kita tidak menjaga hati orang, maka beratus-ratus kali lah orang tidak akan menjaga hati kita...sebenarnya hati kita ini bukanlah milik kekal kita sebagai manusia..ia hanyalah pinjaman semata-mata dari Allah untuk hambaNYa agar merasai segala perasaan yang istemewa yang telah diwujudkan....

      Kita selalu dengar bahawa kehidupan manusia ini ibarat roda..sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang itu berada diatas,dia tidak pernah melihat orang yang dibawahnya...dan orang yang berada dibawah seringkali mengimpikan kehidupan diatas agar mereka tidak ditindas sewenang-wenangnya...tapi untuk naik keatas kita perlulah bermula dari bawah... tidak ada manusia yang terus berada diatas tanpa bermula dari bawah...dan kita takkan berada diatas dan dibawah pada masa yang sama...

     Pernah tak korang semua dengar lagu Bangau Ohh Bangau..? mesti pernah kan ??.. lagu ini sebenarnya ada maksud yang tersirat yang mungkin ramai tak perasan...lagu ini menggambarkan tentang kehidupan seseorang yang menyalahkan orang lain atas kecuaian sendiri..contohnya macam lirik yang first tu," bangau oh bangau kenapa engkau kurus, macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul" ..bangau itu menyalahkan ikan yang tak timbul yang menyebabkan bangau itu kurus...sama macam manusia apabila melakukan sesuatu yang menyebabkan masalah kepada diorang..maka secara automatik mereka akan menyalahkan orang lain yang kononnya orang lain lah penyebab masalah itu timbul...diorang tak sedar yang masalah tu timbul disebabkan diri diorang sendiri..

        Manusia juga sukar untuk memberikan kemaafan kepada orang lain..hal ini terjadi juga kepada diri saya sendiri...entah kenapa perasaan sukar untuk maafkan orang lain tu timbul.. mungkinkah disebabkan peristiwa atau perkara yang berlaku itu menyebabkan seseorang itu sukar untuk melupakannya dan sekaligus menyebabkan sebuah kemaafan itu sukar diberi??..
sejauh mana kebenaran nya saya pun kurang pasti...yang pasti kita sebagai manusia nih, memang takkan lepas dari buat silap...tapi kita boleh memperbaiki diri kita agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi...

P/s: entri kali ini tidak ditujukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak..ianya hanyalah datang dari isi hati yang penuh dengan tanda tanya...dan saya juga insan biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan...so, kalau ada yang salah dalam entri ini..tolong betulkan ye...tq..=).

1 comment: