Tuesday

Nak bahagia tak semestinya perlu kaya-raya...

     Dulu-dulu masa saya kecil, saya selalu berangan nak hidup bahagia. Bahagia dalam erti kata lain nak hidup kaya-raya, ada rumah besar, ada kereta mewah, nak satu dunia dan macam-macam lagi.Tapi itu masa kecik-kecik lagi, saya rasa bila dapat jadi kaya-raya nih, hidup kita akan lebih hebat,lebih bahagia dan bagus dari orang lain.Tapi saya silap. Bila dah dewasa sekarang, baru terfikir kehidupan yang kaya-raya tak semestinya akan bahagia selama-lamanya. kekayaan tak menjamin kebahagiaan. Bahagia dengan kemewahan tidak menjamin kehidupan didunia & akhirat kalau tidak meletakkan Allah sebagai asasnya. Bahagia dengan kekayaan bukanlah segala-galanya kalau tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat tidak terhingga ini. Mungkin dengan kekayaan, didunia kita akan bahagia, tapi tak semesti di akhirat.Ini satu perkara penting yang telah saya pelajari sekarang...

   Nak bahagia tak semestinya dapat travel satu dunia...tak semestinya setiap semester dapat Dean List and first class graduate..Ya betul, memang semua orang happy kalau macam tu. Saya pun happy..tapi kita kena jugak fikir, apa yang kita nak, tak semuanya kita akan dapat...that's life..real life..but kalau kita tak dapat apa yang kita nak pun..tak semestinya hidup kita tak bahagia..kalau kita lihat sekarang, ramai je orang-orang kaya nih..kita nampak hidup diorang macam bahagia je...tapi kita tak tahu masalah  dalam hidup diorang... mungkin masalah yang diorang hadapi lebih teruk dari kita...kadang-kadang kehidupan mereka lebih derita berbanding kita.

  Sometimes, ada jugak orang kaya yang hidup bahagia tapi tengok-tengok kekayaan yang dapat itu hasil dari rasuah, benda yang tidak berkat..so, hidup dah jadi tak bahagia..tapi bukan semua orang kaya macam itu..sesetengah manusia mungkin rasa bahagia di dunia..tapi tidak di akhirat...Kebahagiaan di akhirat lebih bermakna berbanding bahagia di dunia, sebab di dunia hanya untuk sementara.. Esok lusa bila dah dipanggil Allah, kain kapan putih jugak yang akan kita pakai..kain yang harganya semeter berapa ringgit, akan kita pakai jumpa Allah...dah tak ada dah baju yang mahal-mahal tu..semua harta benda kita,kita tinggal macam tu je..tinggal dekat anak dan cucu... Harta yang sebenar yang perlu di bawa hanyalah amalan dan sedekah jariah kita semasa didunia. Inilah hakikat yang sebenar yang sering kali kita lupa. Lupa apabila nafsu hanya melihat pada kekayaan didunia. Hati kita mati untuk lihat kekayaan yang sebenar yang perlu dicari sebagai tiket untuk ke syurga. Kekayaan yang sebenar ialah tidak lain adalah amalan atau kebaikan yang kita lakukan di dunia semata-mata kerana Allah. Kebaikan yang ada pahala didalamnya. 

  Tapi kadang-kadang fitrah manusia itu sendiri yang sering lupa...termasuklah diri saya sendiri...kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kebahagiaan di dunia hingga lupa kebahagiaan di akhirat...Nak bahagia tak semesti perlu sempurna semuanya, kerana kita sebagai manusia pun tak sempurna sepenuhnya..Cuba kita lihat,kadang-kadang mak cik yang jual nasi lemak  di tepi jalan , lebih bahagia hidupnya dari businessman yang sahamnya berjuta-juta..Ini kerana hidupnya sering mengutamakan Allah terlebih dahulu dari perkara lain. Walau sesusah mana pun, Allah mesti diutamakan dari yang lain.

  Kebahagiaan sebenar yang dicari akan dapat apabila hati kita cinta kepada Allah melebihi segala-galanya...itulah kebahagiaan yang sebenarnya..Tapi kita selalu melebih-lebihkan dunia dari Allah...termasuklah diri saya.. Akan tetapi nak dapat kebahagiaan dari Allah tak semestinya perlu beribadat 24 jam...tanpa melakukan apa-apa...itu pun salah jugak.. sebab Allah meyuruh kita berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang kita nak...dapat atau tak,itu urusan Allah..yang penting kita kena usaha...itulah kehidupan yang sebenar..perlu berusaha,usaha dan usaha sehingga boleh...jangan sesekali putus asa....yang penting jangan lupakan Allah & sentiasa berdoa kepadaNya...Jangan sia-siakan masa yang kita ada..gunakan sebaik-baiknya...kadang-kadang saya sebagai seornag manusia biasa pun lalai..lalai dengan keseronokkan di dunia.....so entri ini just nak mengingatkan diri saya dan orang lain bahawa kebahagiaan yang sebenar datang dari Allah..sekian.=)

1 comment:

  1. hi darling sarah...andainya kita tahu....http://myhayatiz.blogspot.com/2011/08/cinta-kita-pada-siapa.html

    ReplyDelete